Spelunky 2 iaitu permainan pengembaraan galian bawah tanah yang diumumkan sebeum ini akhirnya mendapat tarikh pelancaran secara rasmi di mana ketika acara State Of Play, Mossmouth mengumumkan permainan tersebut akan tiba 15 September 2020 ini di PlayStation 4. Manakala versi PC pula, ia akan dilancarkan selepas pelancaran konsol.
Spelunky merupakan siri permainan platformer yang mana ia dilancarkan beberapa tahun lepas. Kini dengan sekuel kepada siri tersebut, Mossmouth iaitu pembangun permainan ini mengumumkan pelbagai kandungan baharu seperti kedai di dalam permainan yang mempunyai lebih banyak fungsi dan juga mod multi-pemain.
Bagi anda yang meminati siri Spelunky, pastikan anda dapatkannya menjelang bulan hadapan.