Hitman 3 merupakan permainan seterusnya oleh IO Interactive di mana ia diumumkan akan tiba di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X dan PC menjelang Januari tahun hadapan.

Terkini, ketika acara State Of Play, Sony dan IO Interactive mengumumkan yang mana permainan tersebut akan menyertakan mod realiti-maya khas di konsol PlayStation 4 melalui PlayStation VR.

Seperti yang kami laporkan, Hitman 3 merupakan permainan selinap pembunuh upahan yang sangat terkenal dengan watak Agent 47 di mana siri tersebut sudah pun berusia 20 tahun.

Terkini dengan akan tibanya permainan seterusnya buat siri tersebut, Sony menyatakan keseluruhan permainan tersebut boleh dimainkan secara realiti-maya, sekaligus akan memberi pengalaman lebih mendalam buat pemain untuk memburu mangsa untuk dibunuh.

Sebelum ini kami juga laporkan yang mana kandungan permainan Hitman sebelum ini juga akan tiba di Hitman 3 ini.

Sohor Kini