Bethesda Softworks hari inim engumumkan dua permainan mereka iaitu DOOM Eternal dan The Elder Scrolls Online akan menerima versi penaik-tarafan ke konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X secara percuma.

Menurut mereka, bagi pemain yang sudah memiliki permainan tersebut di konsol Xbox One atau PlayStation 4, Bethesda akan menyediakan penaik-tarafan secara percuma dengan pelbagai peningkatan visual permainan. Ini sekaligus mengesahkan permainan tersebut akan menyokong keserasian kebelakang apabila konsol generasi seterusnya dilancarkan kelak. Namun bagi senarai penuh peningkatan dan tarikh pelancarannya, ia akan diumumkan kemudian.

DOOM Eternal merupakan permainan penembak pandang pertama dan ia telah pun dilancarkan sebelum ini di konsol dan PC. Kami sudah pun mengulaskannya di sini. Manakala The Elder Scrolls Online pula adalah permainan MMORPG yang sudah pun tiba di konsol dan PC beberapa tahun lepas.

Sohor Kini