Toho minggu ini telah berkongsi video acah untuk filem aksi nyata bagi siri manga dan anime The Promised Neverland di mana ia dijangka akan dikeluarkan pada 18 Disember 2020 di Jepun.
Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Filem ini akan diarah oleh Yuichiro Hirakawa yang sebelum ini pernah mengarah filem seperti Whisper of Heart dan juga Erased. Manakala penulis pula adalah Noriko Gotou yang juga bersama dengan Hirakawa untuk filem Erased.
Buat masa ini tidak disahkan lagi jika ia juga akan tiba untuk pasaran global, tetapi kebiasaannya Netflix akan membawa masuk ke Malaysia. Musim pertama untuk anime siri ini juga boleh ditonton di Netflix.
Amazon sebelum ini juga dilaporkan berminat untuk menghasilkan siri aksi nyata untuk The Promised Neverland.