Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh Capcom sebelum ini, mereka kinia khirnya mengumumkan senarai watak DLC buat musim kelima dan terakhir buat permainan Street Fighter V secara rasmi semalam.

Melalui acara khas tersebut, mereka mengumumkan empat watak daripada lima watak baharu yang dijanjikan di mana ia terdiri daripada watak-watak dari siri Street Fighter sebelum dan juga watak daripada siri permainan perlawanan Capcom lain.

Watak pertama yang diumumkan adalah Dan, di mana beliau merupakan watak yang sudah pun tersedia di dalam dunia penceritaan permainan Street Fighter V dan kini beliau akhirnya tiba secara rasmi sebagai watak yang boleh dimainkan.

Manakala tiga lagi watak lain adalah Rose, Oro dan Akira Kazama iaitu watak khas daripada permainan Rival Schools iaitu permainan perlawanan oleh Capcom yang dilancarkan di konsol PlayStation 1 lepas. Manakala watak kelima dan terakhir akan diumumkan kemudian.

Dari segi pelancaran, watak-watak tersebut akan dilancarkan secara berperingkat bermula dengan Dan sekitar penghujung tahun ini dan sehinggalah tahun hadapan. Untuk informasi lanjut berkenaan senarai perancangan kemaskini tersebut, anda boleh melihat imej dan video di atas.

Pada masa yang sama, Capcom juga umum kejohanan Street Fighter League akan kembali dengan musim ketiga pada bulan Oktober ini. Untuk informasi lanjut berkenaan kejohanan tersebut anda boleh ke sini.

Capcom juga umum kolaborasi khas bersama AEW (All Elite Wrestling) untuk melancarkan sebilangan set Tshirt khas dengan rekaan ahli gusti AEW bersama watak Street Fighter. Anda boleh ke pautan ini untuk informasi lanjut.

Street Fighter V telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 dan PC di mana sebelum ini juga kami telah mengulaskan edisi Champion Edition di mana ia merupakan edisi lengkap buat permainan tersebut.

Leave a Reply