Fall Guys Mempunyai Lebih 1.5 Juta Pemain Dalam Masa 24 Jam

Fall Guys: Ultimate Knockout sudah semestinya satu permainan yang menjadi perbualan ramai. Ia masih lagi antara permainan yang mempunyai tontonan teramai di Twitch. Hari ini, Mediatonic dan Devolver Digital mengumumkan yang permainan tersebut telah menerima 1.5 juta pemain selepas 24 jam dikeluarkan.

Perkara tersebut tidaklah mengejutkan kerana ia telah ditawarkan secara percuma untuk pelanggan PS Plus. Manakala di Steam pula, permainan tersebut telah mencatat 76 ribu pemain serentak.

Dengan kejayaan tersebut, hadir juga beberapa masalah, terutamanya pelayan yang tidak menampung jumlah pemain serentak yang tinggi. Namun mereka mengatakan yang pengalaman permainan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Fall Guys: Ultimate Knockdown telah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC.

Sohor Kini