BanG Dream! Film Live Tiba Di Pawagam 20 Ogos Ini

TGV Pictures minggu ini mengumumkan yang mereka bersama dengan Muse akan membawa filem Bang Dream! Film Live ke pasaran Malaysia pada 20 Ogos ini, di mana ia akan ditayangkan di pawagam yang terpilih.

Filem ini sudah ditayangkan di Jepun pada 13 September tahun lepas, dan filem susulan iaitu Bang Dream! Film Live 2nd Stage juga telah diumumkan tetapi pada masa ini masih tidak menerima sebarang tarikh pengeluaran.

Buat masa ini tiket serta waktu tayangan masih tidak disenaraikan.

Sohor Kini