Skip to main content

Honor iaitu jenama telefon pintar terkenal di Malaysia, hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menaja pasukan E-Sukan PUBG Mobile Flash Vision dengan jumlah penajaan sehingga RM10,000.

Penajaan ini juga adalah bersempena dengan musim kedua kejohanan PMPL MY/SG yang akan berlangsung Ogos ini. Pasukan tersebut akan dilengkapi telefon pintar Honor ketika bertarung kelak di mana mereka akan merebut wang hadiah sehingga $150,000(~RM629,000).

Flash Vision merupakan pasukan esukan tempatan yang sangat terkenal dengan pelbagai permainan dan kini dengan pasukan PUBG Mobile mereka yang terdiri daripada 6 pemain, akan bertarung dengan 19 pasukan lain di kejohanan tersebut.

Untuk informasi lanjut, anda boleh ke laman rasmi Honor dan laman rasmi PMPL MY/SG.

Leave a Reply