Skip to main content

Blizzard hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membawa kembali acara Summer Games buat permainan Overwatch bermula hari ini sehingga 26 Ogos 2020 ini.

Melalui acara ini, seperti biasa mod Lucio Ball kini kembali dan Blizzard juga mengubah beberapa bentuk arena tersebut yang mana ia pasti akan memberi cabaran buat pemain.

Selain itu, acara ini juga akan menyertakan pelbagai mod dan cabaran lain melalui bentuk Quick Play dan Arcade yang pemain boleh dapatkan pelbagai ganjaran seperti kostum, pelekat dan penyembur. Selain itu, seperti biasa, anda juga boleh dapatkan pelbagai kostum-kostum baharu yang terdiri daripada kostum buat watak Pharah, Brigette, Doomfist dan sebagainya.

Untuk senarai penuh kemaskini dan ganjaran yang diumumkan. Anda boleh ke pautan rasmi permainan Overwatch ini.

Overwatch sudah dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Leave a Reply