Quantic Dream telah mengumumkan yang permainan Detroit: Become Human mereka telah terjual sebanyak 5 juta unit setakat ini, yang memperlihatkan peningkatan sebanyak 1.8 juta unit berbanding Oktober tahun lepas.
Menurut Quantic Dream, jumlah tersebut tercapai selepas sebulan dikeluarkan di Steam. Ia sudah dikeluarkan di Epic Games Store pada 12 Disember tahun lepas.
Jumlah tersebut adalah untuk setiap platform, termasuk juga PlayStation 4, di mana kami menjangkakan ia terjual sekurang-kurangnya 3.5 juta unit, menjadikan penjualan di PC adalah 1.5 juta unit.
Detroit: Become Human sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan PC. Anda boleh baca ulasan kami untuk versi PS4 di pautan ini.