Selepas 3 minggu peringkat liga untuk PUBG Mobile World League peringkat liga akhirnya berakhir yang memperlihatkan pasukan Bigetron RA dari Indonesia menjadi juara untuk Bahagian Timur dan Loops dari Brazil menjuarai untuk Bahagian Barat. Kedua-dua pasukan tersebut membawa pulang wang tunai $50 ribu (~RM210 ribu).

Manakala dua pasukan Malaysia yang bertanding di Bahagian Timur iaitu Team Secret mendapat tempat ke-5 di mana mereka telah layak untuk ketiga-tiga Super Weekend, termasuk juga memenangi Super Weekend minggu kedua. Manakala Yoodo Gank pula di tempat ke-13 selepas hanya layak 2 daripada 3 minggu Super Weekend.

Dengan kedudukan tersebut, Team Secret dan Yoodo Gank masih lagi layak untuk peringkat akhir kejohanan ini yang mengambil 16 pasukan terbaik berdasarkan kiraan markah untuk Super Weekend. Peringkat ini akan berlangsung pada 6 Ogos sehingga 9 Ogos di mana setiap pasukan akan berebut hadiah terkumpul sebanyak $226 ribu (~RM949 ribu).

Berikut adalah senarai akhir untuk pusingan liga PUBG Mobile World League.

Sohor Kini