The Office adalah sitkom Steve Carell yang mengisahkan syarikat penjualan kertas dan barangan pejabat. Ia penuh dengan adegan pelik, menjengkelkan dan yang paling penting sentiasa menggelikan hati. Sitkom ini tamat pada tahun 2013 dengan musim kesembilan sejak ia mula disiarkan pada musim pertama. Musim pertama adalah yang bosan, kerana terlampau mengikut sitkom asal dari UK – tetapi selepas Steve mengubah skrip dan jalan cerita musim kedua terus menjadi lain daripada yang lain.

Peacock TV adalah platform pentstriman video terbaru dari NBCUniversal, iaitu syarikat penyiaran yang memegang lesen bagi sitkom The Office. Terkini, laporan dari Bloomberg menyatakan yang The Office akan disiarkan semula di Peacock TV. Untuk menarik perhatian orang ramai, The Office yang bakal disiarkan semula ini akan mempunyai kandungan yang tidak pernah disiarkan sebelum ini.

Walaupun Peacock TV masih baru, ia sudah mempunyai 10 juta pengguna yang mendaftar. Jelas di sini, Peacock TV ingin menyertai peprengan platform penstriman video bersama dengan Netflix, Apple TV+, Prime Video dan banyak lagi.

Sohor Kini