Skip to main content

Sony hari ini telah mengumumkan prestasi kewangan mereka bagi suku pertama untuk tahun Fiskal 2020-2021 yang bermula pada April lepas. Selama 3 bulan, mereka telah melaporkan yang PS4 telah terjual sebanyak 1.9 juta unit menjadikan jumlah keseluruhan 112.3 juta unit.

Sesuatu yang tidak mengejutkan jumlah tersebut jauh lebih rendah berbanding pada tempoh yang sama untuk tahun fiskal yang lepas di mana ia telah terjual sebanyak 3.2 juta unit.

Walaupun begitu, jika mengikut jumlah pendapatan untuk segmen permainan video, jumlah pendapatan mencatat jumlah lebih tinggi iaitu RM238 juta berbanding RM176 juta untuk tempoh tersebut pada tahun fiskal lepas.

Menurut Sony ini adalah hasil daripada penjualan yang baik untuk The Last of Us Part II dan Ghost of Tsushima. Ia juga dibantu oleh jumlah pelanggan PS Plus kini mencecah 45 juta pelanggan berbanding 41.5 juta setakat 31 Mac lepas.

Leave a Reply