Activision dan Infinity Ward hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan musim ke-5 buat permainan Call Of Duty Warzone dan Modern Warfare bermula 5 Ogos 2020, iaitu esok di konsol dan PC.
Seperti biasa, kandungan musim ke-5 ini akan menyertakan pelbagai kandungan baharu, watak dan juga senjata dan mod permainan baharu. Namun buat masa ini, Activision masih belum menyenaraikannya secara rasmi. Berdasarkan video acah di atas, ianya kelihatan akan menyertakan beberapa lokasi baharu dengan acara mod permainan berlainan. Kami pasti akan mengemaskini senarai kandungan tersebut setelah ia diumumkan kelak.
Call of Duty Modern Warfare dan Call of Duty Warzone sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.