Skip to main content

Microsoft hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengemaskini rekaan buat kedai atas-talian Microsoft Store bagi konsol Xbox.

Menurut mereka, kemaskini tersebut akan tiba sekitar suku keempat tahun ini dan buat mereka yang mempunyai akses Xbox Insider, ia akan tiba di konsol Xbox One bermula 5 Ogos 2020 ini sebagai akses beta.

Rekaan baharu Microsoft Store kali ini akan memfokuskan rekaan yang lebih lancar yang Microsoft sendiri nyatakan ia boleh dimuat kurang dari dua saat, sekaligus meningkatkan prestasi akses untuk kedai atas-talian tersebut.

Selain itu, Microsoft juga menyatakan mereka memudahkan lagi pemain untuk mencari langganan-langganan tersediai seperti Xbox Game Pass, DLC permainan dan akses filem bersama TV siri yang lebih mudah buat pengguna.

Selain itu, untuk memudahkan lagi fungsi pencarian, rekaan baharu Microsoft Store ini juga akan memudahkan sebarang tetapan untuk menapis pencarian dan juga rekaan semula untuk senarai hajat pemain. Troli pembeli juga dikemaskini dengan lebih mudah untuk pemain untuk menambah dan menyusun permainan sebelum membayar.

Microsoft juga menyatakan terdapat pelbagai lagi pernaik-tarafan seperti penggunaan yang lebih selamat untuk keluarga dan semestinya rekaan visual yang berwarna lebih gelap dan lebih sesuai untuk pengguna.

Bagi anda yang ingin melihat penjelasan lanjut oleh Lawrence Hryb lebih dikenali sebagai Major Nelson dari Microsoft, anda boleh tonton video di bawah. Bagi anda yang ingin mempunyai akses Xbox Insider, anda boleh ke pautan ini untuk informasi lanjut.

Leave a Reply