Awal bulan lepas, Konami telah mengumumkan yang perjanjian mereka bersama dengan AC Milan dan Inter Milan untuk permainan Pro Evolution Soccer tidak diteruskan, dan seperti yang dijangka ramai, EA sudah mendapat hak eksklusif untuknya.
Inter Milan dan AC Milan sebelum ini juga turut disertakan untuk FIFA 20 dan PES 2020 kerana EA dan Konami tidak mempunyai perjanjian secara eksklusif.
Manakala sebaliknya pula berlaku untuk satu lagi kelab bola sepak Itali iaitu AS Roma, di mana EA tidak lagi mempunyai perjanjian dengan mereka dan di dalam FIFA 21 mereka akan menggunakan nama Roma FC dengan rekaan lencana serta jersi sendiri.
eFootball PES 2021 Season Update akan dikeluarkan pada 16 September 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC manakala FIFA 21 akan dikeluarkan pada 9 Oktober 2020 untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC dan akan menerima penaik-tarafan percuma untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X.