Skip to main content

Jika sebelum ini Crystal Dynamics dan Square Enix telah mengumumkan yang watak Clint Barton ataupun Hawkeye akan hadir sebagai watak tambahan pasca-pelancaran permainan Marvel’s Avengers secara percuma, di mana pemain boleh menggunakan watak tersebut untuk kebanyakan misi di dalam permainan.

Minggu ini, melalui perkongsian di PlayStation Blog, mereka juga mengumumkan yang Spider-man akan disertakan sebagai watak tambahan, juga secara percuma, akan tetapi ia adalah esklusif untuk pemilik permainan tersebut di konsol PlayStation sahaja.

Walaupun Sony mempunyai hak untuk filem Spider-man, akan tetapi bagi media lain, ia masih lagi dimiliki oleh Marvel. Oleh itu, ia mungkin di atas permintaan serta perjanjian bersama Square Enix dan Marvel yang membolehkan ia tiba secara eksklusif.

Sama ada ia adalah eksklusif untuk masa terhad masih tidak disahkan. Buat masa ini, rekaan watak Spider-man bagi permainan tersebut masih tidak diperlihatkan.

Marvel’s Avengers akan dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, PC dan Stadia pada 4 September 2020. Manakala versi konsol generasi seterusnya juga akan dilancarkan kelak dengan penaik-tarafan secara percuma.

Leave a Reply