PlayStation telah mengumumkan yang acara State of Play seterusnya oleh mereka akan berlangsung pada 4 pagi, 7 Ogos ini. Bagi yang inginkan berita lanjut untuk PS5, anda mungkin kecewa kerana mereka menegaskan yang tiada pengumuman besar berkaitan PS5 akan dilakukan.

Sebaliknya mereka akan memfokuskan pengumuman berikut;

  • Permainan akan datang untuk PS4 dan PSVR
  • Pengumuman lanjut mengenai permainan pihak ketiga dan juga indie yang diperlihatkan ketika acara The Future of Gaming bulan Jun lepas

Acara ini dikatakan akan berlangsung lebih 40 minit dan anda boleh tontonnya melalui Youtube ataupun Twitch. Kami di Aksiz juga akan berkongsi segala pengumuman.

Sohor Kini