DualShock 4 Tidak Boleh Digunakan Untuk Bermain Permainan PS5

Sony hari ini berkongsi melalui laman blog PlayStation mengenai keserasian peranti persisian generasi sekarang dengan PlayStation 5 kelak. Berikut adalah antara peranti persisian yang dinyatakan;

  • Peranti persisian khusus seperti stereng kereta, alat kawalan arked serta kayu bedik/ria yang berlesen boleh digunakan di PS5 dan menyokong permainan PS4 dan PS5.
  • Set fon kepala Platinum dan Gold generasi sekarang boleh digunakan di PS5.
  • Alat kawalan DualShock 4 dan juga alat kawalan pihak ketiga berlesen boleh digunakan di PS5 akan tetapi untuk dimainkan permainan PS4 yang menyokong keserasian depan.
  • Alat kawalan PS Move, PS VR Aim dan PlayStation Camera boleh digunkaan di PS5 untuk bermain permainan VR.

Menjawab mengenai DS4 tidak dapat digunakan untuk bermain permainan PS5, Sony mengatakan ia adalah agar permainan PS5 mengguna-pakai segala kelebihan yang dibawa DualSense.

PlayStation 5 akan dikeluarkan pada akhir tahun ini.

Sohor Kini