VPG Malaysia Menjuarai Kejohanan VPG Piala Asia Untuk FIFA 20

Pasukan VPG Malaysia telah dinobatkan sebagai juara untuk kejonan VPG Asia 2020 bagi permainan FIFA 20 selepas mengalahkan VPG UAE dengan jaringan 2-0 yang menempah tiket mereka ke VPG World Cup yang akan di anjurkan pada tahun hadapan.

Mereka berjaya ke peringkat kalah mati selepas mendahului kumpulan 3 mengatasi pasukan VPG Oman, VPG Bangladesh dan VPG Myanmar selepas memenangi 5 perlawan dan seri 1. Manakala di peringkat kalah mati, mereka mengalahkan pasukan VPG Brunei serta VPG Arab Saudi sebelum bertemu dengan VPG UAE di peringkat akhir.

VPG ataupun Virtual Pro Graming merupakan satu komuniti esukan di mana ia terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menguji kemahiran secara individual dan berpeluang untuk dijemput mewakili pasukan, contohnya mewakili negara. Pertandingan FIFA 20, adalah 11 pemain melawan 11 pemain.

Anda boleh layari laman FB untuk VPG Malaysia jika ingin mengetahui lanjut mengenai mereka.

Sohor Kini