Grounded Mempunyai 1 Juta Pemain Selepas 2 Hari Dilancarkan

Obsidian Entertainment hari ini mengumumkan yang permainan ketahanan hidup mereka Grounded telah mempunyai 1 juta pemain sejak dilancarkan secara akses awal pada 29 Julai lepas untuk Xbox One dan PC. Ia dijangka akan dikeluarkan secara penuh pada tahun 2021.

Tambah mereka lagi, ia adalah satu pencapaian yang mengejutkan terutama untuk permainan yang dibangunkan oleh 13 orang pembangun. Di dalam permainan Grounded, pemain perlu melalui pelbagai kawasan yang dipanggil sebagai Backyard, dan watak pemain menjadi sekecil semut.

Sepertimana permainan oleh Xbox Game Studios yang lain, Grounded juga ditawarkan melalui Xbox Game Pass yang mungkin menjadi sebahagian besar daripada jumlah pemain yang mencuba permainan ini. Ia juga ditawarkan di Steam.

Sohor Kini