Skip to main content

Laman rasmi untuk My Hero Academia telah mengumumkan yang anime untuk siri tersebut akan menerima 2 episod tambahan iaitu Survive! Survival Training for Death yang akan diedarkan secara serentak di Jepun dan juga secara global.

Ia merupakan episod tambahan yang tidak mengikut mana-mana penceritaan dari manga. Ia juga adalah penceritaan yang berlaku ketika musim ketiga bagi siri tersebut. Anime My Hero Academia kini mempunyai 5 musim.

Penceritaan berlaku sebelum mereka cuba untuk mendapatkan “Pro Hero License”, di mana ahli Kelas A melakukan latihan menyelamat tetapi mengalami masalah.

Ia akan hadir di pelbagai perkhidmatan penstriman 16 Ogos, tetapi buat masa ini masih tiada pengesahan untuk pasaran Malaysia.

Leave a Reply