Netflix telah mengumumkan filem adaptasi siri permainan Beyond Good & Evil sedang dibangunkan. Menurut laporan The Hollywood Reporter pula ia akan diarah oleh Rob Letterman iaitu pengarah untuk filem Detective Pikachu.

Oleh kerana Beyond Good & Evil mempunyai watak manusia dan juga haiwan yang mempunyai sifat seperti manusia, ia berkemungkinan adalah gabungan aksi nyata dan CGI.

Ini merupakan IP kedua oleh Ubisoft yang tampaknya Netflix akan mengeluarkan kandungan. Splinter Cell juga dilaporkan akan menerima siri animasi.

Beyond Good & Evil dikeluarkan pada tahun 2003, dan permainan susulan sudah diumumkan akan tetapi masih tiada tarikh pengeluaran.

Sohor Kini