Atelier Ryza Bakal Menerima Siri Manga Mingguan Di Famitsu

Atelier Ryza 2 baru sahaja diumumkan minggu lepas, dan tampaknya, ia bukan satu-satunya pengumuman untuk peminat siri tersebut. Gust iaitu pembangun untuk siri tersebut telah mengumumkan yang penceritaan Atelier Ryza akan dikembangkan lagi melalui siri manga.

Manga tersebut akan dikeluarkan secara mingguan melalui majalah Famitsu. Ia akan dilukis oleh Riichu di mana beliau telah berkongsi berita tersebut di Twitter bersama dengan lukisan Ryza.

Atleir Ryza sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Switch dan PC dan telah terjual sebanyak 420 ribu unit setakat April lepas.

Sohor Kini