Informasi Permainan Video Terkini
Nioh 2 – DLC The Tengu’s Disciple Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Nioh 2 – DLC The Tengu’s Disciple Kini Dilancarkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Ogos 2, 2020 oleh .

Seperti yang dijanjikan oleh Koei Tecmo sebelum ini, minggu ini mereka akhirnya melancarkan DLC pertama buat permainan Nioh 2 iaitu The Tengu’s Disciple secara rasmi.

Bersempena dengan itu, mereka juga melancarkan kemaskini 1.11 dan 1.12 yang mana informasi lanjut berkenaannya anda boleh baca di kenyataan rasmi Koei Tecmo di sini.

Antara kandungan utama yang dikemaskini adalah jumlah inventori yang ditingkatkan kepada 600 dan juga fungsi Demon Parade Picture Scroll baharu.

DLC Tengu’s Disciple memfokuskan pelbagai misi baharu yang pemain boleh terokai termasuklah 3 lokasi baharu yang pemain akan temui pelbagai musuh dan Yokai. Menariknya, DLC ini juga menyertakan senjata baharu Splitstaff bersama pelbagai baju perisai yang pemain boleh dapatkan.

Bagi anda yang berminat, DLC ini boleh dibeli secara berasingan dengan harga RM39 sahaja melalui PSN Store. Anda juga boleh membeli pas musim dengan harga RM141 yang mana akan sertakan kesemua DLC akan datang apabila ia dilancarkan kelak.

Nioh 2 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4 pada Mac lepas di mana kami sebelum ini juga telah pun mengulas permainan tersebut di mana anda boleh membacanya di sini.


TIPS & ULASAN