Bandai Namco hari ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan kandungan DLC musim keempat buat permainan Tekken 7 sekitar suku keempat tahun ini.

Melalui video acah di atas, mereka menyatakan ia akan tiba dengan pelbagai pernaik-tarafan permainan seperti kemahiran baharu untuk semua watak, keseimbangan permainan dan juga fungsi baharu Tekken Prowess bersama dengan peningkatan sesi atas-talian permainan.

Video acah di atas juga memperlihatkan watak baharu juga turut akan tiba, namun buat masa ini tiada tarikh rasmi mahupun senarai watak rasmi.

Tekken 7 telah pun dilancarkan di konsol Playstation 4, Xbox One dan PC melalui Steam.

Sohor Kini