Informasi Permainan Video Terkini
Soul Calibur VI – Watak DLC Setsuka Diumumkan Bersama Kemaskini 2.20 Bakal Tiba Minggu Ini
PC

Soul Calibur VI – Watak DLC Setsuka Diumumkan Bersama Kemaskini 2.20 Bakal Tiba Minggu Ini

Diterbitkan pada Ogos 2, 2020 oleh .

Setelah beberapa bulan watak DLC Haohmaru dilancarkan sebagai sebahagian daripada DLC musim kedua buat permainan Soul Calibur VI, hari ini Bandai Namco akhirnya mengumumkan watak seterusnya iaitu Setsuka di mana beliau akan tiba di semua platform permainan pada 4 Ogos 2020 ini.

Menariknya, Bandai Namco juga mengumumkan kemaskini baharu aitu 2.20 juga akan tiba secara percuma buat semua pemain di mana ia menyertakan pelbagai kandungan seperti kostum tambahan dan lokasi baharu.

Bersempena dengan pengumuman ini, Bandai Namco juga mempertontonkan video acah khas yang anda boleh tonton di bawah.

Bagi anda yang berminat, permainan ini telah pun dilancarkan di konsol dan PC pada tahun lepas dan kami sebelum ini telah pun mengulaskannya melalui pautan ini.


TIPS & ULASAN