SNK dan Tencent minggu ini mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan watak DLC percuma buat permainan Samurai Shdown iaitu watak Gongsun Li daripada permainan Honor Of Kings.
Menurut SNK, watak tersebut akan tiba pada 5 Ogos 2020 ini secara percuma di semua platform permainan tersebut.
Gongsun Li merupakan watak yang mempunyai senjata payung sebagai senjata utama beliau. Dengan kemahiran untuk menari sambil bertempur, watak beliau mempunyai gaya pertempuran yang pantas dan pada masa yang sama sangat berkuasa.
![](https://aksiz.com/wp-content/uploads/2020/08/samurai-1024x576.jpg)
Pada masa yang sama, SNK juga mengumumkan DLC musim ketiga buat permainan turut akan dilancarkan kelak. Namun dari senarai watak dan tarikh pelancarannya, ia masih belum diumumkan.
Samurai Shodown sebelum ini telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Switch, Xbox One dan juga PC melalui Epic Games Store.