Microsoft minggu ini akhirnya mengumumkan yang mana permainan Battletoads akan dilancarkan secara rasmi pada 20 Ogos 2020 ini di konsol Xbox ONe dan juga di PC melalui Steam dan Microsoft Store.

Menariknya, mereka juga mengumumkan permainan ini turut akan tiba di Xbox Game Pass di konsol dan PC pada tarikh yang sama.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, siri Battletoads telah pun dilancarkan lebih dari 15 tahun lepas oleh Rare dipelbagai konsol yang mana kini versi ini merupakan olahan semula untuk siri tersebut. Melalui permainan ini, ia akan mengekalkan bentuk pertempuran pengembara yang mana pemain boleh bermain sehingga 3 pemain secara koperasi.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya menjelang bulan ini di konsol Xbox One dan PC.

Sohor Kini