Seperti yang dijanjikan oleh Epic Games sebelum ini, minggu ini mereka menawarkan 3 permainan percuma yang anda boleh tebus bermula hari ini sehingga 6 Ogos 2020 ini pada jam 11 malam.

Permainan pertama yang ditawarkan adalah 20XX di mana ia adalah satu permainan aksi pengembaraan 2 Dimensi di mana ia diinspirasikan daripada siri Mega Man.

Permainan kedua pula adalah Barony, iaitu permainan pandang pertama RPG yang mana pemain boleh bermain secara solo ataupun koperasi dengan pelbagai jenis kelas watak dan lokasi yang menarik untuk diterokai.

Permainan ketiga adalah Superbrothers: Sword & Sworcery EP, iaitu permainan pengembaraan dua dimensi yang memfokuskan rekaan visual pixel yang menawan dengan penceritaan yang mendalam.

Selain itu, tawaran jualan musim panas yang kami laporkan minggu lepas juga masih lagi berjalan sehingga 6 Ogos 2020 ini di mana informasi lanjut anda boleh ke artikel ini. Bagi anda yang ingin memuat-turun ketiga-tiga permainan di atas, anda boleh ke pautan di bawah.

Muat-Turun: Permainan Percuma Epic Games Store

Sohor Kini