Informasi Permainan Video Terkini
Permua Marvel Duel Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di iOS Dan Android

Permua Marvel Duel Kini Dilancarkan Secara Rasmi Di iOS Dan Android

Diterbitkan pada July 31, 2020 oleh .

Setelah membuka pra-pendaftaran untuk permua pertarungan kad Marvel Duels beberapa minggu lepas, NetEase Games hari ini akhirnya melancarkan permua tersebut secara rasmi buat peranti iOS dan Android.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permua ini akan memfokuskan lebih dari 150 watak dariapda dunia Marvel dan pemain berupaya untuk bermain sebagai salah seorang daripada lima adiwira lagenda seperti Thor, Iron Man, Captain Marvel, Spider-man dan Star-Lord. Melaluinya pemain akan bertempur dengan pemain lain yang mana ia mempunyai bentuk strategi yang mendalam dengan setiap penggunaan kad watak berbeza.

Selain itu, NetEase juga umum acara penstriman khas akan diadakan malam ini pada jam 8 malam di mana mereka akan memperlihatkan pertarungan antara juruhebah terkenal dari rantau Asia Tenggara. Bagi anda yang berminat, anda boleh ke Facebook rasmi Marvel Duel.

Muat-Turun Android: Marvel Duel

Muat-Turun iOS: Marvel Duel


TIPS & ULASAN