Informasi Permainan Video Terkini
People Can Fly Umum Permainan Baharu Berkelaskan AAA Kini Dalam Pembangunan

People Can Fly Umum Permainan Baharu Berkelaskan AAA Kini Dalam Pembangunan

Diterbitkan pada July 31, 2020 oleh .

People Can Fly, iaitu pembangun untuk permainan akan datang Outriders dan siri Bulletstorm hari ini mengumumkan yang mana mereka akan membangunkan permainan baharu berkelaskan AAA buat konsol generasi seterusnya, platform penstriman dan juga di PC.

Menurut kenyataan di blog rasmi mereka, permainan tersebut akan dibangunkan di studio People Can Fly di New York dan pada masa yang sama mereka umum bahawa mereka akan mula mengupah lebih banyak staf bermula tahun hadapan dan pada masa yang sama membuka studio baharu di Montreal.

Diketuai oleh David Grijns dan pengarah kreatif Roland Lesterlin, studio tersebut akan bekerjasama dengan studio mereka yang lain di Warsaw, Rzeszow dan Newcastle untuk menghasilkan permainan aksi pengembaraan tersebut.

Menurut Sebastian Wojciechowski iaitu ketua pegawai eksekutif People Can Fly, tahun lepas mereka mengumumkan pembukaan studio di new York dan kini mereka mempunyai lebih 250 staf. Dengan pelancaran Outriders, mereka ingin membawa ke bahagian seterusnya untuk syarikat mereka dengan menghasilkan pelbagai projek terutamanya dengan pelancaran konsol generasi seterusnya tahun ini.

Bagi anda yang berminat untuk menyertai pasukan pembangun di People Can Fly, anda boleh ke laman rasmi ini.

Permainan seterusnya People Can Fly iaitu Outriders akan dilancarkan sekitar penghujung tahun ini di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X dan juga di PC.


TIPS & ULASAN