Informasi Permainan Video Terkini
Siri Animasi Netflix Splinter Cell Dilaporkan Dalam Pembangunan – Ditulis Oleh Derek Kolstad, Penulis Filem John Wick

Siri Animasi Netflix Splinter Cell Dilaporkan Dalam Pembangunan – Ditulis Oleh Derek Kolstad, Penulis Filem John Wick

Diterbitkan pada July 31, 2020 oleh .

Variety hari ini melaporkan yang mana Netflix dan Ubisoft kini dalam perancangan untuk menghasilkan siri animasi berdasarkan permainan Splinter Cell.

Menurut laporan, siri ‘Anime’ tersebut akan ditulis oleh Derek Kolstad, iaitu penulis siri filem John Wick yang mana juga akan menjadi penerbit eksekutif buat siri Splinter Cell tersebut. Menariknya, Variety juga melaporkan yang mana siri tersebut akan mempunyai dua musim dengan keseluruhan sebanyak 16 episod dan akan tiba eksklusif di Netflix.

Bagi anda yang tidak mengetahui berkenaan siri Splinter Cell, ia merupakan siri permainan selinap oleh Ubisoft yang mula dilancarkan sejak 2002 lepas di mana ia memfokuskan watak Sam Fisher. Kali terakhir siri permainan Splinter Cell dilancarkan adalah pada 2013 lepas dan kemudian Sam Fisher hanya tiba di pelbagai permainan keluaran Ubisoft sebagai watak sampingan sahaja.

Buat masa ini, Netflix mahupun Ubisoft masih belum mengumumkannya secara rasmi. Kami di Aksiz pasti akan mengemaskininya setelah ia diumumkan.


TIPS & ULASAN