Informasi Permainan Video Terkini
Peaky Blinders: Mastermind Akan Tiba Ogos Ini Di Konsol Dan PC

Peaky Blinders: Mastermind Akan Tiba Ogos Ini Di Konsol Dan PC

Diterbitkan pada July 31, 2020 oleh .

Sebelum ini, Curve Digital mengumumkan yang mana mereka akan melancarkan permainan berdasarkan siri Netflix Peaky Blinders buat konsol dan PC dengan nama Peaky Blinders: Mastermind.

Terkini, tarikh pelancarannya akhirnya diumumkan secara rasmi di mana permainan tersebut akan tiba pada 20 Ogos 2020 ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, permainan ini adalah berdasarkan siri Netflix Peaky Blinders di mana pemain akan pelbagai watak daripada siri tersebut dan ia bertempatkan sebelum musim pertama. Melaluinya, pemain perlu mengawal keseluruhan keluarga Shelby untuk menyelesaikan misi dan memilih watak yang bersesuaian dengan setiap tekaria dan juga kemahiran.

Peaky Blinders: Mastermind akan dilancarkan Ogos ini di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.


TIPS & ULASAN