SNK, Joy Pictures, Original Force dan iDragon Creative Studio akan menerbitkan filem animasi berdasarkan siri The King of Fighter iaitu The King of Figther: Awaken. Anda boleh tonton video acah pertama untuk filem tersebut di bawah (dimuat naik oleh peminat yang juga menyediakan sarikata).

Berdasarkan perkongsian oleh Daniel Ahmad, filem ini adalah mengenai Kyo Kusanagi bekerjasama dengan Iori Yagami untuk menyelematkan seorang budak daripada dewa jahat.

The King of Fighter: Awaken dijangka akan dilancarkan di China pada tahun 2022, buat masa ini masih tidak disahkan lagi untuk pasaran global.

Sohor Kini