11 Bit Studios telah mengumumkan DLC yang ketiga dan juga yang terakhir untuk Frostpunk iaitu On The Edge akan dikeluarkan pada 20 Ogos ini untuk PC.
Melalui DLC ini, ia akan meneruskan kejadian permainan asas, di mana satu gedung tentera telah dijumpai. Oleh itu, pemain perlu membina kawasan baharu. Di kawasan tersebut tiada binatang yang boleh diburu oleh itu, perlu mendapatkan bekalan dari New London oleh itu pemain perlu memastikan memenhui kehendak New London bagi mendapat bantuan tersebut.
DLC ini boleh dibeli secara sendiri dengan harga RM34 ataupun melalui pas semusim yang menyertakan bersama dengan dua DLC lagi dengan harga RM48.19 iaitu potonga harga 36%.
Frostpunk sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC.