Aggretsuko Musim Ketiga Akan Tiba Di Netflix Ogos Ini

Netflix hari ini mengumumkan musim ketiga untuk siri animasi Aggretsuko akan tiba pada 27 Ogos 2020. Bagi musim ini ia akan menyertakan 10 episod dan setiap satunya adalah 15 minit.

Di dalam musim baharu ini, Retsuko berhadapan dengan kumpulan indie OTM Girls dan pengurus mereka Hyodo. Selain itu ia juga memfokuskan kepada perhubungan antara Retsuko dan Haida.

Siri ini diarah dan ditulis oleh Rarecho, rekaan watak oleh Yeti dan studio animasi adalah Fanworks.

Sohor Kini