All in Games mengumumkan yang permainan mereka iaitu Metamorphosis akan dikeluarkan pada 12 Ogos ini untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC. Pra-tempah sudah dibuka untuk Xbox One dengan potongan harga 10% iaitu $22.49 (~RM95).

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Gregor iaitu seorang lelaki yang telah bertukar menjadi serangga dan akan mengembara secara sudut pandangan pertama di mana pemain perlu melakukan pelbagai tekaria.

Jika anda ingin mencuba terlebih dahulu, demo percuma juga akan tiba di Steam bermula pada 29 Julai sehingga 5 Ogos 2020. Video acah untuknya boleh ditonton di bawah.

Sohor Kini