Informasi Permainan Video Terkini
Killjoy Diumumkan Secara Rasmi Untuk Valorant
PC

Killjoy Diumumkan Secara Rasmi Untuk Valorant

Diterbitkan pada July 30, 2020 oleh .

Riot Games akhirnya mengumumkan secara rasmi wira baharu yang juga wira tambahan pertama selepas pelancaran untuk Valorant iaitu Killjoy. Video pengumuman boleh ditonton di bawah.

Berikut adalah kebolehan yang disertakan untuk wira Killjoy;

  • Alarmbot – Pemain boleh menembak robot yang akan mencari dan meletup apabila menjumpai pemain lawan.
  • Turret – Pemain boleh meletakkan turret yang akan mengawasi 180 darjah kon. Pemain juga boleh memanggil balik Turret tersebut.
  • Nanoswarm – Pemain boleh membaling bom yang menyelinap, ia akan mengeluarkan dron kecil dan menyerang penjahat yang memasuki kawasan tersebut.
  • Lockdown (Ultimate) – Pemain akan menembak peralatan Lockdown di mana ia akan memenjarakan penjahat di satu kawasan. Penjahat boleh menghancurkan peralatan tersebut.

Killjoy akan tiba di dalam Valorant bermula pada 4 Ogos ini. Valorant sudah dikeluarkan untuk PC.


TIPS & ULASAN