Informasi Permainan Video Terkini
505 Games Umum Permainan Zombi Dunia Terbuka Unturned Akan Tiba Di Konsol

505 Games Umum Permainan Zombi Dunia Terbuka Unturned Akan Tiba Di Konsol

Diterbitkan pada July 30, 2020 oleh .

505 Games hari ini mengumumkan yang mana mereka akan menerbitkan permainan zombi dunia terbuka Unturned buat konsol konsol PlayStation 4 dan Xbox One. Menurut mereka, permainan tersebut akan dilancarkan sekitar tahun ini dan ia akan dijual sekitar $24.99(~RM107) secara digital melalui PlayStation Store dan Microsoft Store.

Unturned merupakan permainan zombi dunia terbuka yang dibangunkan oleh Smartly Dressed Games di mana ia dilancarkan beberapa tahun lepas secara percuma di PC melalui Steam. Melalui permainan ini, pemain perlu bekerjasama bersama pemain lain dan mencari senjata, makanan dan sebagainya untuk meneruskan hidup daripada diserang oleh zombi.

Melalui versi konsol, 505 Games menyatakan mereka akan menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti mekanik permainan yang dikembangkan dengan kemajuan watak pemain yang lebih mendalam. Menariknya, 505 Games juga umum sokongan multi-pemain secara skrin pembahagian dan pengubah-suaian watak yang pelbagai.

Buat masa ini, tarikh pelancarannya masih belum dikongsikan dan kami pasti akan mengemaskininya setelah ia diumumkan secara rasmi.


TIPS & ULASAN