Electronic Arts dan Maxis minggu ini akhirnya melancarkan kandungan Stuff Pack baharu buat permainan The Sims 4 iaitu “Nifty Knitting Stuff Pack” di mana ia membenarkan pemain untuk mengait pelbagai jenis barangan.
The Sims 4: Nifty Knitting merupakan kandungan yang diundi oleh komuniti pemain The Sims 4 sekitar tahun lepas. Kandungan ini bukan sahaja memberi pelbagai jenis pakaian dan perhiasan baharu buat pemain, malah ia juga menyertakan gaya rambut baharu yang pemain boleh dapatkan secara bersama.
Menariknya, barangan-barangan yang dikait oleh watak Sims tersebut juga boleh dijual di dalam permainan dan pemain juga boleh mendapatkan wang Simoleons untuk watak pemain.
Bagi anda yang berminat, kandungan Stuff Pack mengait buat The Sims 4 ini telah pun dilancarkan di kesemua platform ia dilancarkan di mana ia boleh dibeli dengan harga bermula RM39 di konsol PlayStation 4, Xbox One, Mac dan PC.