Roblox Corporation ketika Roblox Developer Conference telah mengumumkan yang permainan Roblox kini mempunyai 150 juta pemain aktif bulanan. Memperlihatkan peningkatan seramai 50 juta pemain berbanding jumlah pada Ogos tahun lepas.
Pada awal tahun ini, Roblox juga telah mendapat suntikan dana sebanyak RM630 juta yang menjadikan mereka bernilai lebih RM16 bilion. Mereka juga mengumumkan yang berdasarkan pendapatan terkini, mereka dijangkakan akan menjana $250 juta (~RM1 bilion) bagi tahun ini.
Roblox merupakan permainan dalam talian di mana pemain boleh mencipta kandungan termasuk permainan di dalamnya. Ia sudah dikeluarkan untuk Xbox One dan PC serta permainan mudah alih untuk iOS dan Android.