Skip to main content

Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan Ogos 2020 yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One dan dua permainan Xbox 360.

Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:

  • Portal Knights – Boleh ditebus dari 1 hingga 31 Ogos
  • Override: Mech City Brawl – Boleh ditebus dari 16 Ogos hingga 15 September
  • MX Unleashed – Boleh ditebus dari 1 hingga 15 Ogos
  • Red Faction II – Boleh ditebus dari 16 hingga 31 Ogos

Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM252) untuk 12 bulan. Anda juga boleh mendapatkannya bersama langganan Xbox Game Pass, melalui Xbox Game Pass Ultimate yang diumumkan sebelum ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang Ogos ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan bulan Julai, anda masih lagi boleh memuat-turun sebahagian daripadanya hari ini.

Leave a Reply