Informasi Permainan Video Terkini
New Super Lucky’s Tale Akan Tiba Di PlayStation 4 Dan Xbox One Pada 21 Ogos Ini

New Super Lucky’s Tale Akan Tiba Di PlayStation 4 Dan Xbox One Pada 21 Ogos Ini

Diterbitkan pada July 30, 2020 oleh .

Seperti yang dijanjikan oleh Playful Corporation sebelum ini, New Super Lucky’s Tale akhirnya mendapat tarikh pelancaran secara rasmi buat konsol PlayStation 4 dan Xbox One di mana ia akan tiba pada 21 Ogos 2020 ini.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, New Super Lucky’s Tale merupakan edisi tambahan berdasarkan permainan Super Lucky’s Tale yang dilancarkan beberapa tahun lepas di konsol Xbox One dan PC. November lepas, konsol Switch menerima edisi tambahan tersebut di mana ia menyertakan beberapa pernambah-baikkan dari segi visual dan juga kandungan permainan.

Terkini, bagi pemain di konsol PlayStation 4 dan Xbox One, mereka akhirnya berpeluang untuk bermain versi baharu ini secara rasmi bermula bulan hadapan. Untuk melihat senarai kandungan baharu bagi permainan ini, anda boleh ke pautan ini.


TIPS & ULASAN