Sekiro: Shadows Die Twice merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh From Software iaitu pembangun siri Bloodborne dan Dark Souls, di mana ia terkenal sebagai satu permainan yang sangat sukar. Salah satu kejayaan permainan tersebut, ia merupakan permainan terbaik untuk tahun 2019 ketika acara The Game Awards.

Terkini, Activision mengumumkan yang mana permainan tersebut telah pun terjual melebihi 5 juta salinan secara global dan bersempena dengan itu, mereka juga mengumumkan kandungan baharu akan tiba buat permainan tersebut pada 29 Oktober 2020 ini secara percuma.

Kandungan pertama yang diuumumkan adalah mod “Boss Rush” di mana ia dinamakan Reflection Of Strenght yang pemain boleh akses melalui Sculptor’s Idols yang terdapat di dalam permainan tersebut. Melaluinya, pemain berupaya untuk bertempur semula dengan ketua-ketua musuh yang ditumpaskan sebelum ini. Activision juga mengumumkan Gauntlets Of Strength iaitu mod khas yang pemain hanya mempunyai satu nilai nyawa sahaja untuk mereka yang inginkan mod yang lebih mencabar.

Selain itu, Activision juga mengumumkan kostum baharu buat watak Wolf di mana melalui kemaskini ini. Kostum tersebut hanyalah mengubah rupa kosmetik watak sahaja dan pemain berupaya untuk menukar rupa kostum watak pemain dengan tiga kostum baharu iaitu Tengu, Old Ashina Shinobi dan kostum rahsia khas.

Menurut Activision, dua kostum tersebut boleh dinyah-kunci melalui mod Gauntlets manakala kostum ketiga memerlukan pemain untuk menghabiskan permainan ini.

Kandungan seterusnya adalah bentuk “Remnant” di mana ia membenarkan pemain untuk melihat ‘Hantu’ rakaman pemain lain secara terus dalam tempoh masa 30 saat. Melaluinya, pemain boleh tonton rakaman pemain lain untuk melihat panduan ataupun sebarang rakaman epik pemain menumpas musuh dan sebagainya.

Menariknya, jika pemain lain menonton dan memberi markah buat Remnant tersebut, pemilik Remnants tersebut akan disembuh secara percuma dan pemain tidak perlu lagi ke Sculptor’s Idol ataupun menggunakan Healing Gourds.

Sekiro: Shadows Die Twice telah dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Kami juga sebelum ini telah pun membuat ulasan penuh permainan tersebut yang mana anda boleh membacanya di pautan ini.

Sohor Kini