Private Division iaitu syarikat penerbitan permainan video di bawah Take-Two Interactive yang memfokuskan kepada permainan indie. Hari ini mereka mengumumkan telah menandatangani perjanjian bersama dengan tiga studio indie untuk menerbitkan permainan mereka.

Tiga studio tersebut adalah Moon Studios, League of Geeks dan juga Roll 7. Perjanjian ini adalah untuk pengeluaran permainan baharu yang buat masa ini tidak diumumkan secara lanjut lagi.

Moon Studios merupakan studio yang terkenal dengan permainan siri permainan Ori iaitu Ori and the Blind Forest serta Ori and the Will of the Wisps. Bersama dengan Private Division mereka akan mengeluarkan permainan aksi RPG.

League of Geeks merupakan pembangun untuk permain papan digital Armello. Bersama dengan Private Division mereka akan mengeluarkan satu permainan berdasarkan kepakaran mereka, berkemungkinan permainan papan digital juga.

Roll7 sebelum ini mengeluarkan beberapa permainan seperti siri OlliOllie, Not a Hero dan juga Laser League. Bersama dengan Private Division mereka akan mengeluarkan permainan yang mempunyai “flow state”.

Private Division sebelum ini telah menerbitkan permainan seperti Kerbal Space Program, Ancestors: The Humankind Odyssey, The Outer Worlds, dan Disintegration.

Sohor Kini