Kakao Games hari ini mengumumkan yang mana mereka kini melancarkan permainan mudah-alih (Permua) Guardian Tales secara rasmi buat pasaran global.

Guardian Tales merupakan permainan RPG diinspirasikan bentuk JRPG retro yang mana pemain boleh rekrut pelbagai jenis watak untuk menempur pelbagai jenis musuh di samping menerokai pelbagai lokasi menarik dengan menyelesaikan pelbagai tekaria.

Menariknya, permua ini juga menyertakan pelbagai jenis musuh yang akan pemain tempuhi dan juga pemain perlu membina istana pemain dengan pelbagai kemudahan. Menariknya, permua ini juga menyertakan fungsi bertempur dengan pemain lain dengan penceritaan yang mendalam.

Bagi anda yang berminat dengan permua, ia bleh dimuat-turun secara percuma melalui pautan di bawah.

Muat-Turun iOS: Guardian Tales

Muat-Turun Android: Guardian Tales

Sohor Kini