Nintendo hari ini mengumumkan kandungan seterusnya buat permainan Animal Crossing: New Horizons di mana mereka akan melancarkannya esok, iaitu pada 30 Julai 2020.

Antara kandungan baharu yang disertakan adalah bunga api di mana setiap hari Ahad pada jam 7 malam ketika bulan Ogos, pemain berupaya untuk melihat persembahan bunga api. Pemain juga boleh bermain bunga api kecil dan juga menghasilkan rekaan bentuk bunga api tersendiri.

Selain itu, fungsi mimpi juga akan kembali melalui kemaskini baharu ini di mana pemain boleh tidur di katil pemain dan mimpikan watak Luna di mana beliau akan membawa pemain untuk melawati pulau pemain lain yang dikongsikan melalui “Dream Address”. Memandangkan bentuk ini adalah hanyalah satu mimpi, pemain juga boleh menerokai dan melakukan pelbagai perubahan di mana ia tidak akan memberi kesan kepada pulau nyata pemain tersebut.

Kemaskini terakhir yang disertakan adalah fungsi sandaran fail pulau yang mana pelanggan Nintendo Switch Online boleh memuat-naik sandaran fail pulau pemain di Internet. Namun fungsi ini hanyalah terhad kepada masalah teknikal ataupun kehilangan konsol Switch sahaja. Bagi pemindahan fail sandaran pulau, Nintendo akan umumkannya kemudian.

Animal Crossing: New Horizons telah pun dilancarkan di konsol Switch pada Mac lepas di mana kami sebelum ini juga telah pun mengulas permainan ini di mana anda boleh membacanya di sini.

Sohor Kini