Skip to main content

Disebabkan Covid-19 banyak filem baru ditangguhkan kerana pawagam ditutup bagi mengelakkan orang ramai berkumpul. Di Malaysia pawagam sudah dibuka dan banyak filem lama yang ditayangkan semula dan kebanyakan filem baru hanya akan mula ditayangkan pada hujung bukan Ogos sehingga tahun 2021. Di Amerika Syarikat, kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat dan banyak pawagam yang sepatutnya dibuka awal ditangguh lagi. Ada yang bersedia beroperasi Ogos ada yang terus tutup sehingga diumumkan kelak.

Alternatif pawagam ketika Covid-19 ini adalah menonton melalui platform penstriman video. Ada filem baru boleh disewa pada harga serendah $20 iaitu sekitar RM85. Contohnya filem-filem dari Universal seperti Trolls World Tour. Terkini, Universal Pictures telah membuat perjanjian untuk siarkan filem baru mereka di platform penstriman selepas 17 hari tiba di pawagam, berbanding sebelum ini 75 hari. Platform pilihan Universal buat masa ini adalah iTunes, yang mana banyak filem terhad di pasaran luar sahaja.

Keputusan Universal Pictures ini adalah bagi memujuk AMC Entertainment yang tidak ingin tayangkan filem-filem Universal disebabkan Trolls World Tour tiba ke platform digital awal. Jadi perjanjian ini adalah bagi peluang kepada AMC tayangkan semula filem-filem Universal dan selepas temph tertentu barulah ia akan tiba ke platform penstriman. Ini tidak bermakna semua filem Universal akan tiba ke platform penstriman, tetapi yang terpilih sahaja.

Leave a Reply