Skip to main content

Gabe Newell adalah pengasas Steam yang boleh dikatakan gedung digital permainan video terbesar untuk platform PC. Jadi, seperti yang dikatakan oleh beliau sendiri, “peperangan” di antara PlayStation dan Xbox bukanlah sesuatu yang beliau perlu libatkan diri.

Namun, apabila ditanya semasa sesi temubual bersama dengan The Project NZ, beliau mengatakan dia lebih menyukai Xbox Series X berbanding PlayStation 5, tetapi tidak berkongsi lanjut mengenai sebab di atas pilihan tersebut.

Kami boleh menjangkakan sebab utama adalah kerana di atas kertas, Xbox Series X adalah lebih berkuasa, selain itu, Microsoft juga membangunkan Xbox Series X untuk hadir bersama dengan ekosistem Windows 10 yang akhirnya juga akan memberi kesan positif kepada Steam sendiri.

Manakala pemilik untuk pesaing Steam iaitu Tim Sweeney dari Epic Games pula sebelum ini beberapa kali memuji teknologi SSD yang digunakan oleh PlayStation. Tambahan Sony juga melakukan pelaburan ke atas syarikatnya.

Leave a Reply